BAB 3
Suasana
di dalam perpustakaan sunyi sepi. Rata-rata pelajar hanya menumpukan perhatian
terhadap bahan bacaan mereka. Ada yang sedang menyiapkan assignment, ada yang sibuk dengan laptop tak kurang juga yang asyik
melayani telefon bimbit. Di suatu sudut Nur Hani duduk sendirian bersila di atas
lantai sambil membelek-belek sebuah buku tebal. Sesekali dibetulkan kaca mata
nya dan menyelak rambut depan yang jatuh menutupi mata.
“Boleh
join?” Nur Hani disapa. Perlahan Nur Hani mengangkat muka melihat pemilik suara
itu.
“Farhan..
I tak lama pun dekat sini” Nur Hani
menolak lembut.
Farhan
tidak mempedulikan tolakan Nur Hani. Farhan terus duduk bersila di hadapan Nur
Hani tanpa dipelawa. Beg galas serta buku-bukunya diletakkan di tepi. Nur Hani
meneruskan membaca buku di tangan. Nur Hani tidak berminat untuk berbual dengan
Farhan sekarang.
“You sorang je ke? Hadi mana?” Farhan
memulakan bicara.
Nur
Hani memandang wajah Farhan. Kaca matanya dibetulkan.
“Hadi
dating.. Kalau you nak jumpa dia you boleh
lah call dia” jawab Nur Hani.
“It’s ok. I tanya je. Yelah selalu kalau I nampak you mesti ada dengan Hadi. Asyik berdua je. Pergi kelas sama-sama,
balik sama-sama. Mula-mula I ingatkan
you dengan Hadi couple. Kalau I tak tanya dekat kawan-kawan I yang sekelas dengan you, mesti sampai sekarang I tak tau.”
Nur Hani hanya
tersenyum tanpa membalas omelan Farhan. Dia sudah biasa. Memang dari sekolah
dia dikaitkan dengan Hadi. Kalau bukan kerana perangai playboy Hadi tu, mesti bulat-bulat semua orang percaya mereka
berdua ada hubungan yang istimewa.
Suasana
sepi seketika. Nur Hani leka dengan bukunya dari tadi. Hanya Farhan sahaja yang
resah melihat Nur Hani tanpa respon. Farhan mati kata. Dia cuba mencari topik
untuk memulakan perbualan bersama Nur Hani. Peluang untuk duduk berdua bersama
Nur Hani seperti ini bukan mudah untuk diperolehi. Jadi Farhan ingin
memanfaatkannya.
Lain
pula dengan Nur Hani semakin tidak selesa dengan kehadiran Farhan di situ.
Farhan lebih memandangnya dari buku yang dipegang. Walaupun Nur Hani tidak
memandang tepat ke arah Farhan, namun dari ekor matanya jelas Farhan
memerhatikan setiap pergerakkan Nur Hani. Pantas Nur Hani mengemas buku-bukunya.
Niat hatinya mahu meneruskan bacaannya di hostel sahaja.
“Eh
dah nak pergi ke?” Tanya Farhan sebaik sahaja melihat Nur Hani berdiri.
Seperti
tadi, Nur Hani tidak mempedulikan pertanyaan Farhan. Dengan pantas Farhan mula
mengemas dan mengekori Nur Hani.
“Hani
jom makan nak? I belanja. Jom lah” ajak Farhan.
“Takpe
lah Farhan. I dah janji dengan orang”
balas Nur Hani.
“Siapa?
Hadi?” Farhan menduga.
“Non of your business” balas Nur Hani
ringkas.
Tidak
puas hati dengan layanan Nur Hani, Farhan terus mengekorinya. Nur Hani duduk di
kerusi berhampiran pintu masuk perpustakaan. Telefon bimbit dikeluarkan dan
pantas jari nya menekan-nekan. Farhan duduk bersebelahan Nur Hani yang tidak
hiraukan kewujudannya.
“Kenapa
you suka mengelak dari I? Bukan senang kita nak berjumpa time Hadi
tak ada dengan kita” kata Farhan tidak puas hati.
“Kalau
Hadi ada pun kenapa?”
“Hadi
tu macam tak suka I tau. Cuba tengok kalau
kita terserempak, setiap kali I tegur
you, Hadi mesti pandang I macam lah I ada buat salah” rungut Farhan. Nur Hani menarik nafas panjang.
“Farhan,
Hadi tu kawan I, of course dia nak protect I” jelas Nur Hani.
Farhan
tidak puas hati. Nur Hani selalu mempertahankan Hadi. Sedangkan Hadi selalu
bersama dengan perempuan lain. Farhan berasa curiga, adakah benar Nur Hani
hanya menganggap Hadi sebagai teman karib atau Nur Hani menyukai Hadi dalam
diam. Farhan mengeluh. Belum sempat dia berkata-kata, Hadi muncul di hadapan
mereka dengan wajah yang masam mencuka.
Aduh…
Potong lah Hadi ni. Baru nak ajak Nur Hani dating. Kalau mamat ni ada mesti Nur
Hani tidak mahu keluar dengannya. Nur Hani begitu setia dengan Hadi. Hadi
sangat beruntung.
“Hye
Hani. Kenapa korang ni? Tegang je muka masing-masing. Pasangan kekasih tengah bergaduh
ke pa ni?” perli Hadi.
“Kalau
ye kenapa?” Tanya Farhan tidak puas hati dengan kata-kata Hadi.
“Eh
eh ko ni.. Besar kecik je aku tengok. Lama aku perhati kau asyik ushar Hani je”
Hadi mengangkat penumbuknya.
Pantas
Nur Hani berdiri di hadapan Hadi.
“Sudah
lah korang berdua ni. Kat kolej ni. Jangan nak bergaduh lah” Nur Hani
meninggikan suara.
Walaupun
Nur Hani tidak suka Farhan mengekorinya, namun Nur Hani juga tidak suka Hadi
bergaduh walau dengan sesiapa sahaja. Dan kalau Hadi bergaduh, bukan senang
untuk dileraikan. Jadi, sebelum pergaduhan bermula lebih baik dihentikan.
Farhan
bangun dari duduknya. Dia memandang tajam ke arah Hadi. Hatinya panas dengan
sikap Hadi. Baginya seorang kawan tiada hak untuk menentukan siapa yang ingin
berkawan dengan Nur Hani. Farhan terus
meninggalkan mereka berdua.
“Dah
kenapa?” soal Nur Hani kepada Hadi.
“Kenapa
apa?” Hadi pura-pura tidak faham.
“Yang
Hadi tiba-tiba nak garang kenapa?” soal Nur Hani lagi.
“Hadi
Cuma nak protect Hani” jelas Hadi.
Nur Hani melepaskan nafas yang panjang. Geram dengan jawapan Hadi.
“Nak
protect apa nya? Farhan tak buat
apa-apa pun dekat Hani kan.”
“Hari
ni dia tak buat apa-apa, tapi esok lusa siapa tau? Kita kasi ajar dia hari ni. So esok lusa dia beringat” Hadi menunjukkan
muscle nya.
“Pergi
protect girlfriend Hadi lah si Diana tu, sibuk je” Nur Hani mencebik.
“Diana
tu Diana lah. Kenapa nak kait-kait kan dengan Diana? Hani ni my honey. So Hadi kena lah protect my honey ni” lembut suara Hadi
memujuk.
“Dah
lah! Malas Hani nak layan Hadi. Lapar!” Nur Hani terus mengangkat beg dan
buku-buku meninggalkan Hadi yang mengekorinya.
Langkah
Nur Hani laju. Selaju jantungnya berdetak. Hadi hanya menurut langkah Hani. Ya!
Hadi memang suka menggelarkan Nur Hani sebagai ‘my honey’. Dan gelaran itu mampu membahagiakan Nur Hani tanpa
disedari. Nur Hani suka.