Friday 28 April 2017

NOVEL HONEY: BAB 3

BAB 3


                Suasana di dalam perpustakaan sunyi sepi. Rata-rata pelajar hanya menumpukan perhatian terhadap bahan bacaan mereka. Ada yang sedang menyiapkan assignment, ada yang sibuk dengan laptop tak kurang juga yang asyik melayani telefon bimbit. Di suatu sudut Nur Hani duduk sendirian bersila di atas lantai sambil membelek-belek sebuah buku tebal. Sesekali dibetulkan kaca mata nya dan menyelak rambut depan yang jatuh menutupi mata.
                “Boleh join?” Nur Hani disapa. Perlahan Nur Hani mengangkat muka melihat pemilik suara itu.
                “Farhan.. I tak lama pun dekat sini” Nur Hani menolak lembut.
                Farhan tidak mempedulikan tolakan Nur Hani. Farhan terus duduk bersila di hadapan Nur Hani tanpa dipelawa. Beg galas serta buku-bukunya diletakkan di tepi. Nur Hani meneruskan membaca buku di tangan. Nur Hani tidak berminat untuk berbual dengan Farhan sekarang.
                “You sorang je ke? Hadi mana?” Farhan memulakan bicara.
                Nur Hani memandang wajah Farhan. Kaca matanya dibetulkan.
                “Hadi dating.. Kalau you nak jumpa dia you boleh lah call dia” jawab Nur Hani.
                “It’s ok. I tanya je. Yelah selalu kalau I nampak you mesti ada dengan Hadi. Asyik berdua je. Pergi kelas sama-sama, balik sama-sama. Mula-mula I ingatkan you dengan Hadi couple. Kalau I tak tanya dekat kawan-kawan I yang sekelas dengan you, mesti sampai sekarang I tak tau.
                Nur Hani hanya tersenyum tanpa membalas omelan Farhan. Dia sudah biasa. Memang dari sekolah dia dikaitkan dengan Hadi. Kalau bukan kerana perangai playboy Hadi tu, mesti bulat-bulat semua orang percaya mereka berdua  ada hubungan yang istimewa.
                Suasana sepi seketika. Nur Hani leka dengan bukunya dari tadi. Hanya Farhan sahaja yang resah melihat Nur Hani tanpa respon. Farhan mati kata. Dia cuba mencari topik untuk memulakan perbualan bersama Nur Hani. Peluang untuk duduk berdua bersama Nur Hani seperti ini bukan mudah untuk diperolehi. Jadi Farhan ingin memanfaatkannya.
                Lain pula dengan Nur Hani semakin tidak selesa dengan kehadiran Farhan di situ. Farhan lebih memandangnya dari buku yang dipegang. Walaupun Nur Hani tidak memandang tepat ke arah Farhan, namun dari ekor matanya jelas Farhan memerhatikan setiap pergerakkan Nur Hani. Pantas Nur Hani mengemas buku-bukunya. Niat hatinya mahu meneruskan bacaannya di hostel sahaja.
                “Eh dah nak pergi ke?” Tanya Farhan sebaik sahaja melihat Nur Hani berdiri.
                Seperti tadi, Nur Hani tidak mempedulikan pertanyaan Farhan. Dengan pantas Farhan mula mengemas dan mengekori Nur Hani.
                “Hani jom makan nak? I  belanja. Jom lah” ajak Farhan.
                “Takpe lah Farhan. I dah janji dengan orang” balas Nur Hani.
                “Siapa? Hadi?” Farhan menduga.
                “Non of your business” balas Nur Hani ringkas.
                Tidak puas hati dengan layanan Nur Hani, Farhan terus mengekorinya. Nur Hani duduk di kerusi berhampiran pintu masuk perpustakaan. Telefon bimbit dikeluarkan dan pantas jari nya menekan-nekan. Farhan duduk bersebelahan Nur Hani yang tidak hiraukan kewujudannya.
                “Kenapa you suka mengelak dari I? Bukan senang kita nak berjumpa time Hadi tak ada dengan kita” kata Farhan tidak puas hati.
                “Kalau Hadi ada pun kenapa?”
                “Hadi tu macam tak suka I tau. Cuba tengok kalau kita terserempak, setiap kali I tegur you, Hadi mesti pandang I macam lah I ada buat salah” rungut Farhan. Nur Hani menarik nafas panjang.
                “Farhan, Hadi tu kawan I, of course dia nak protect I” jelas Nur Hani.
                Farhan tidak puas hati. Nur Hani selalu mempertahankan Hadi. Sedangkan Hadi selalu bersama dengan perempuan lain. Farhan berasa curiga, adakah benar Nur Hani hanya menganggap Hadi sebagai teman karib atau Nur Hani menyukai Hadi dalam diam. Farhan mengeluh. Belum sempat dia berkata-kata, Hadi muncul di hadapan mereka dengan wajah yang masam mencuka.
                Aduh… Potong lah Hadi ni. Baru nak ajak Nur Hani dating. Kalau mamat ni ada mesti Nur Hani tidak mahu keluar dengannya. Nur Hani begitu setia dengan Hadi. Hadi sangat beruntung.
                “Hye Hani. Kenapa korang ni? Tegang je muka masing-masing. Pasangan kekasih tengah bergaduh ke pa ni?” perli Hadi.
                “Kalau ye kenapa?” Tanya Farhan tidak puas hati dengan kata-kata Hadi.
                “Eh eh ko ni.. Besar kecik je aku tengok. Lama aku perhati kau asyik ushar Hani je” Hadi mengangkat penumbuknya.
                Pantas Nur Hani berdiri di hadapan Hadi.
                “Sudah lah korang berdua ni. Kat kolej ni. Jangan nak bergaduh lah” Nur Hani meninggikan suara.
                Walaupun Nur Hani tidak suka Farhan mengekorinya, namun Nur Hani juga tidak suka Hadi bergaduh walau dengan sesiapa sahaja. Dan kalau Hadi bergaduh, bukan senang untuk dileraikan. Jadi, sebelum pergaduhan bermula lebih baik dihentikan.
                Farhan bangun dari duduknya. Dia memandang tajam ke arah Hadi. Hatinya panas dengan sikap Hadi. Baginya seorang kawan tiada hak untuk menentukan siapa yang ingin berkawan dengan  Nur Hani. Farhan terus meninggalkan mereka berdua.
                “Dah kenapa?” soal Nur Hani kepada Hadi.
                “Kenapa apa?” Hadi pura-pura tidak faham.
                “Yang Hadi tiba-tiba nak garang kenapa?” soal Nur Hani lagi.
                “Hadi Cuma nak protect Hani” jelas Hadi. Nur Hani melepaskan nafas yang panjang. Geram dengan jawapan Hadi.
                “Nak protect apa nya? Farhan tak buat apa-apa pun dekat Hani kan.”
                “Hari ni dia tak buat apa-apa, tapi esok lusa siapa tau? Kita kasi ajar dia hari ni. So esok lusa dia beringat” Hadi menunjukkan muscle nya.
                “Pergi protect girlfriend Hadi lah si Diana tu, sibuk je” Nur Hani mencebik.
                “Diana tu Diana lah. Kenapa nak kait-kait kan dengan Diana? Hani ni my honey. So Hadi kena lah protect my honey ni” lembut suara Hadi memujuk.
                “Dah lah! Malas Hani nak layan Hadi. Lapar!” Nur Hani terus mengangkat beg dan buku-buku meninggalkan Hadi yang mengekorinya.
                Langkah Nur Hani laju. Selaju jantungnya berdetak. Hadi hanya menurut langkah Hani. Ya! Hadi memang suka menggelarkan Nur Hani sebagai ‘my honey’. Dan gelaran itu mampu membahagiakan Nur Hani tanpa disedari. Nur Hani suka.


Thursday 27 April 2017

NOVEL HONEY: BAB 2

BAB 2


                Hujan turun dengan lebat membasahi bumi. Kelihatan beberapa susuk tubuh manusia berlari-lari anak untuk mendapatkan perlindungan. Berkali-kali Hadi mengerling ke arah jam di tangannya. Sudah hampir satu jam, namun kelibat Nur Hani tidak juga kelihatan.
                Hujan-hujan begini, ramai lah yang masuk ke dalam restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken di mana Hadi sedang menanti ketibaan Nur Hani. Hadi sedikit pun tidak menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya dengan harapan dapat duduk di meja itu sekiranya Hadi beredar.
                “Wehhh sorry bro, jalan jammed. Bas sangkut tak bergerak tau” sapa Nur Hani dari arah belakang.
Tanpa rasa bersalah Nur Hani terus duduk di hadapan Hadi. Beg galas Coverse nya di
diletakkan di kerusi sebelah.
                “Tak beli apa-apa lagi ke? Hani lapar ni” kata Nur Hani.
                Hadi merenung tajam ke arah Nur Hani. Beberapa saat kemudian Hadi bangun dari duduknya untuk membeli makanan. Mana mungkin dia dapat menanam perasaan marah terhadap gadis ayu di hadapannya ini. Tidak sama sekali. Wajah ayu Nur Hani yang selalu bertocang dua itu sentiasa mampu memadam kemarahan seorang lelaki yang bernama Hadi Asyraf sejak perkenalan pertama mereka di tadika.
                Lima belas minit kemudian Hadi kembali di meja sambil menatang dua set lunch plate KFC. Hadi meletakkan dulang di atas meja. Tanpa menunggu Hadi, Nur Hani terus menjamah makanan itu.
                “Dah lah lambat, sampai terus cari makan” rungut Hadi.
                ”Alaah.. Hadi bukan tak tahu, perut Hani tiga ekor ayam pun boleh masuk tau” Nur Hani cuba untuk mempertahankan dirinya.
                Ya memang betul. Nur Hani seorang gadis yang kuat makan. Kalau sehari mereka keluar, kalau boleh setiap sejam Nur Hani mahu makan. Tapi badan kurus kering juga. Entah di mana disimpan makanan-makanan itu. Lemak tak berkumpul kah?
                “So,  ada apa yang beria sangat Hadi nak jumpa Hani ni? Sampai tak menyempat tunggu esok” Nur Hani memulakan perbualan.
                “Rindu lah” jawab Hadi ringkas.
                “Hadi…. Baru malam tadi tau Hadi datang rumah. Ok Hani tau, ni mesti dah break off dengan Nita kan?”
                “Ishkk mana ada. Hani ni pandai-pandai je. Tau tak kata-kata tu satu doa?”
                “Jangan tipu lah. Linda, Nadia dan lain-lain mana? Hadi kan ramai kekasih awal dan akhir. Kenapa tak ajak je diorang keluar? Hani busy tau nak buat persiapan masuk kolej.”
                Hadi diam. Minggu depan mereka berdua akan memulakan kehidupan baru sebagai pelajar kolej. Kolej yang sama di dalam bidang yang sama.
                Hadi dan Nur Hani sudah lama bersahabat karib. Bermula daripada perkenalan pertama mereka ketika berusia lima tahun di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Dan kini mereka akan bersama di dalam kolej yang sama. Mereka hidup di dalam kejiranan yang sama sejak kecil. Persahabatan yang terjalin di antara mereka berdua telah diketahui oleh semua orang yang mengenali mereka. Ibarat isi dengan kuku. Walaupun berlainan cara dan pendapat, namun mereka saling memahami dan menyokong antara satu sama lain.
                Hadi seorang yang kasar. Rupa paras tampan yang dimiliki sering menarik perhatian gadis-gadis. Kerana itu lah Hadi dengan mudah untuk bergelar playboy. Namun hatinya kosong. Dia tidak pernah menyintai mana-mana gadis. Mungkin kerana statusnya sebagai seorang pelajar sekolah. Takkan nak cinta-cinta monyet. Bercinta hanya untuk orang dewasa.
                Berlainan pula dengan Nur Hani yang lembut dan ayu. Sering menjadi buruan jejaka di sekolah. Namun Nur Hani tidak pernah berminat untuk memiliki teman lelaki. Nur Hani selesa berkawan dengan Hadi.
                “Hadi ajak Hani datang untuk tengok Hadi termenung pandang ayam tu je ke?” Nur Hani memecah kesunyian. Hadi tersentak.
                “Eh tak lah” Hadi mula menjamah ayam di dalam pinggan di hadapannya. “Minggu depan siapa hantar Hani?”
                “Hani pergi sorang je. Mummy daddy macam biasa lah, busy. Lagipun Hani kan dah besar. Setakat daftar masuk kolej tak ada hal lah. Nanti kena tinggal juga kat sana.”
                “Hani pergi Kuantan macam mana?”
                “Bas kan ada.”
                “Sampai sana macam mana? Jom ikut Hadi nak?”
                “Eh takpe-takpe, Hani nak berdikari. Tak nak lah susahkan ibu dengan ayah.  Lagipun adik Hadi mesti ada sekali kan? Barang lagi. Nanti semua tak selesa.”
                Hadi diam lagi. Jiwa lelaki nya terasa tercabar. Nur Hani selalu bersikap lebih matang darinya. Walaupun Nur Hani anak tunggal, tetapi Hadi sedar Nur Hani tidak banyak bergantung harap kepada mummy dan daddynya. Lain sungguh dengan Hadi yang manja dan sering diejek sebagai anak mak oleh Nur Hani.
                “Kalau macam tu Hadi cakap dengan ibu ayah tak payah hantar lah. Hani dah beli tiket? Jom naik bas sama-sama” kata Hadi tiba-tiba.
                “Apa lah Hadi ni. Kesian Ibu dengan ayah tau. Biar lah diorang hantar Hadi. Diaorang kan tak pernah berjauhan dengan Hadi macam ni.”
                “Kalau ikutkan ibu ayah memang taknak hantar, tapi Hadi yang paksa. Tapi kalau Hani boleh naik bas kenapa Hadi tak boleh kan? Hadi kan lelaki.”
                Tersenyum Nur Hani mendengar kata-kata Hadi. Sudah dijangkakan lebih awal, Hadi rasa tercabar dengannya. Begitulah Hadi sejak sekian lama.
                “Tak kisah lah Hadi, kalau nak pergi sekali Hani ok je. Esok kita beli tiket bas.”
                “Kanapa esok? Lepas makan ni jom lah.”
                “Alaa Hani nak  hantar Opie pergi KLIA. Dia kan nak fly to Kuching malam ni.”
                “Hani ni tak habis-habis dengan Opie tau.”
                “Eh eh eh.. Opie tu kawan Hani tau.”
                “Kawan ke girlfriend?” Hadi mencebik.
                “Dah tau buat apa nak Tanya lagi?” jerkah Nur Hani.
                Perwatakan Opie sebagai seorang pengkid membuat Hadi tidak senang apabila Nur Hani terlalu rapat dengannya. Hadi selalu mengesyaki bahawa Nur Hani dan Opie mempunyai hubungan istimewa. Hanya Nur Hani kawan rapat perempuan yang Opie ada. Selebihnya, Opie lebih senang berkawan rapat dengan beberapa orang lelaki di sekolah. Disebabkan itu Hadi tidak selesa dengan hubungan yang terjalin di antara Nur Hani dan Opie.
                Bagi Nur Hani pula, Opie hanya seperti gadis biasa. Cuma perangai nya sahaja yang menyerupai lelaki. Fikiran, hati dan perasaan nya seperti gadis yang normal. Lagipun bukan nya Opie tidak pernah berbicara soal lelaki bersama Nur Hani.
“Hadi nak ikut boleh?”
                “Buat apa? Sibuk je. Kan girlfriend Hani tu. Orang nak dating sibuk nak ikut tau.”
                Panas hati Hadi mendengarnya.
                “Hadi tak kira! Hadi nak ikut!”
                Nur Hani ketawa kecil dengan sikap kebudak-budakkan Hadi. Di dalam hatinya berasa senang jika Hadi ingin menemaninya. Nur Hani terus menghabiskan makanan di dalam pinggannya tanpa menghiraukan kata-kata Hadi. Hatinya saja sudah bahagia setiap kali bersama Hadi.


Saturday 22 April 2017

NOVEL HONEY: BAB 1

BAB 1

                Perlahan kaki Nur Hani melangkah masuk ke dalam Ballroom yang dihias cantik. Tersergam pelamin di atas pentas yang bertemakan warna lembut. “Kreatif betul wedding planner ni.” Bisik hati kecik Nur Hani. Di pandang ke kiri, terdapat photo booth ringkas. Terukir senyuman di bibir Nur Hani.     

                Jauh disudut hati bergelora. Melilau matanya mencari kelibat seseorang yang dah lama tidak ditemui. Sebuah kenangan yang telah lama ditinggalkan. Kenangan yang membuatkan Nur Hani hampir tidak menghadiri majlis persandingan teman baiknya ini.

                “Kak Hani!!” Nur Hani menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Senyuman terukir di bibir gadis yang memanggilnya. Nur Hani membalas senyum itu. “Safa ingat kak Hani tak datang, sebab kak Opie kata Kak Hani masih kat oversea.

                “Ishk Safa ni.. Takkan lah Kak Hani tak datang. Kak Hani antara orang terawal dapat invitation tau. Lagipun Opie dengan Rejab tu kan kawan Kak Hani.” Nur Hani cuba menyembunyikan perasaan.

                “Hehehe. Kak Hani makan lah dulu sebab Safa nak nak cari mak long.”

                “Ok Safa.”

                Safa meninggalkan Nur Hani sendirian. Nur Hani hanya menghantar Safa dengan pandangan mata. Nur Hani menarik nafas perlahan. Terus dia mencari tempat untuk melabuhkan punggung. Tidak sedar sudah lama dia berdiri di situ.

                Tidak lama merehatkan kaki yang lenguh, diumumkan ketibaan mempelai ke dalam ballroom diiringi paluan kompang. Nur Hani menoleh ke arah pasangan pengantin yang berarak masuk menuju terus ke arah pelamin. Senyuman bahagia diukir lembut. Teringat di zaman persekolahan mereka, tidak pernah sekali pun Opie dan Rejab tidak bergaduh jika bersua muka. Akhirnya mereka berjodoh. Betul lah kata orang-orang tua, jangan asyik nak bergaduh je. Nanti kelak takut berjodoh. Opie dan Rejab adalah buktinya.

                Nur Hani hanya melihat bahagia Opie dan Rejab. Kedua pengantin asyik dihimpuni para hadirin untuk bergambar. Di meja makan beradab juga begitu. “Kalau aku kahwin nanti macam ni juga lah kot” bisik hati Nur Hani.

                Setelah Opie dan Rejab kembali ke pelamin, Nur Hani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Opie dan Rejab. Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi diri. Sebagai kawan baik dari sekolah, dan tidak pernah putus hubungan hingga kini walaupun jarak memisahkan mereka, Nur Hani sedar dia harus berada di sisi Opie di sepanjang proses menuju hari bahagia rakannya ini.

                “HANI!!” jerit Opie sebaik sahaja melihat Nur Hani menaiki anak tangga menuju kepadanya. Opie tidak mempedulikan title pengantin yang menuntutnya untuk bersopan dan tidak banyak bercakap.

 Nur Hani terus mendakap Opie. Nur Hani dan Opie menitiskan air mata sambil diperhatikan oleh Rejab. Ada mata-mata lain yang memerhatikan mereka tidak langsung dipedulikan.

Sorry Opie. Sepatutnya aku ada dengan kau buat persiapan majlis kau” kata Nur Hani sebaik sahaja meleraikan dakapan.

“Takpe lah Hani. Aku faham. Kau kan orang jauh. Lagipun kau baru sampai pagi tadi kan. Kau dah datang ni pun aku happy sangat-sangat tau” balas Opie riang.

By the way, congratulations to both of you. Cantik sangat kau Opie. And you Rejab, aku tak sangka langsung kau berjaya tawan hati keras Opie ni.”

“Ini Rejab lah! Lautan api akan ku renangi untuk tawan hati Opie ni” ketiga-tiga sahabat itu ketawa serentak.

Please make suke kau jaga Opie ni baik-baik. Opie ni nampaknya brutal, tapi sebenarnya cengeng!” gurau Nur Hani. Opie mencebik.

“Baik mem besar” Rejab membuat isyarat tabik hormat seperti seorang askar. Opie tersenyum bahagia. Nur Hani turut bahagia dengan senyuman itu.

”Eh Opie, Jab, aku nak amik gambar dengan korang ni.”

”Eh boleh-boleh jom!. Abang Fuad tolong amik gambar kami” Nur Hani menyerahkan telefon pintarnya kepada jurufoto setelah diminta oleh Opie.

Nur Hani berdiri di sebelah Opie. Mereka mengambil gambar tanpa mempedulikan orang lain yang menunggu giliran. Bermacam-macam posing nakal yang mereka persembahkan.

“Orang tua-tua kata tak elok bergambar bertiga. Berempatkan lebih baik.”

Serentak Nur Hani dan Opie menoleh ke arah seorang lelaki yang sudah berdiri sedia di sebelah Rejab. Mereka tidak perasan langsung lelaki itu menaiki pelamin. Nur Hani sangat mengenali lelaki itu. Tanpa wajahnya sekalipun, Nur Hani tahu itu adalah ‘dia’ dengan hanya mendengar suaranya sahaja.

“Hadi!!” tutur Nur Hani terkejut. Ya memang Hadi! Hadi Asyraf yang membuat hatinya resah untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan baik sendiri.

                Hadi Asyraf tidak langsung memandang Nur Hani. Matanya hanya memandang ke arah kamera telefon pintar milik Nur Hani. Nur Hani buntu. Namun dipaksa bibirnya untuk senyum dihadapan kamera.

Friday 21 April 2017

NOVEL HONEY



Assalamualaikum..

Nantikan novel pertama dari ai yang berjudul "HONEY"..
Jangan lupa klik follow ye..
Sebarang komen boleh tinggalkan di ruangan komen..
Terima kasih.. 



Love,   
AI      

Thursday 20 April 2017

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum..

Blog ini diwujudkan untuk penulis menulis novel-novel rekaan penulis untuk penggemar novel. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan.

Jika ada komen untuk memuji atau mengutuk, boleh tinggalkan komen diruangan komen. Ai harap pembaca terhibur dengan tulisan ai di dalam blog ini. Pembaca juga boleh membaca novel tulisan ai di instagram @novelnovelbyme.

Semoga terhibur!!


Love,            
 AI