BAB 2
Hujan
turun dengan lebat membasahi bumi. Kelihatan beberapa susuk tubuh manusia
berlari-lari anak untuk mendapatkan perlindungan. Berkali-kali Hadi mengerling
ke arah jam di tangannya. Sudah hampir satu jam, namun kelibat Nur Hani tidak
juga kelihatan.
Hujan-hujan
begini, ramai lah yang masuk ke dalam restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken di mana Hadi
sedang menanti ketibaan Nur Hani. Hadi sedikit pun tidak menghiraukan mata-mata
yang memandang ke arahnya dengan harapan dapat duduk di meja itu sekiranya Hadi
beredar.
“Wehhh
sorry bro, jalan jammed. Bas sangkut tak bergerak tau” sapa Nur Hani dari arah
belakang.
Tanpa rasa
bersalah Nur Hani terus duduk di hadapan Hadi. Beg galas Coverse nya di
diletakkan di kerusi sebelah.
“Tak
beli apa-apa lagi ke? Hani lapar ni” kata Nur Hani.
Hadi
merenung tajam ke arah Nur Hani. Beberapa saat kemudian Hadi bangun dari
duduknya untuk membeli makanan. Mana mungkin dia dapat menanam perasaan marah
terhadap gadis ayu di hadapannya ini. Tidak sama sekali. Wajah ayu Nur Hani
yang selalu bertocang dua itu sentiasa mampu memadam kemarahan seorang lelaki
yang bernama Hadi Asyraf sejak perkenalan pertama mereka di tadika.
Lima
belas minit kemudian Hadi kembali di meja sambil menatang dua set lunch plate KFC. Hadi meletakkan dulang
di atas meja. Tanpa menunggu Hadi, Nur Hani terus menjamah makanan itu.
“Dah
lah lambat, sampai terus cari makan” rungut Hadi.
”Alaah..
Hadi bukan tak tahu, perut Hani tiga ekor ayam pun boleh masuk tau” Nur Hani
cuba untuk mempertahankan dirinya.
Ya
memang betul. Nur Hani seorang gadis yang kuat makan. Kalau sehari mereka
keluar, kalau boleh setiap sejam Nur Hani mahu makan. Tapi badan kurus kering
juga. Entah di mana disimpan makanan-makanan itu. Lemak tak berkumpul kah?
“So, ada apa yang beria sangat Hadi nak jumpa Hani
ni? Sampai tak menyempat tunggu esok” Nur Hani memulakan perbualan.
“Rindu
lah” jawab Hadi ringkas.
“Hadi….
Baru malam tadi tau Hadi datang rumah. Ok Hani tau, ni mesti dah break off dengan Nita kan?”
“Ishkk
mana ada. Hani ni pandai-pandai je. Tau tak kata-kata tu satu doa?”
“Jangan
tipu lah. Linda, Nadia dan lain-lain mana? Hadi kan ramai kekasih awal dan
akhir. Kenapa tak ajak je diorang keluar? Hani busy tau nak buat persiapan masuk kolej.”
Hadi
diam. Minggu depan mereka berdua akan memulakan kehidupan baru sebagai pelajar
kolej. Kolej yang sama di dalam bidang yang sama.
Hadi
dan Nur Hani sudah lama bersahabat karib. Bermula daripada perkenalan pertama
mereka ketika berusia lima tahun di tadika, sekolah rendah dan sekolah
menengah. Dan kini mereka akan bersama di dalam kolej yang sama. Mereka hidup
di dalam kejiranan yang sama sejak kecil. Persahabatan yang terjalin di antara
mereka berdua telah diketahui oleh semua orang yang mengenali mereka. Ibarat
isi dengan kuku. Walaupun berlainan cara dan pendapat, namun mereka saling
memahami dan menyokong antara satu sama lain.
Hadi
seorang yang kasar. Rupa paras tampan yang dimiliki sering menarik perhatian
gadis-gadis. Kerana itu lah Hadi dengan mudah untuk bergelar playboy. Namun hatinya kosong. Dia tidak
pernah menyintai mana-mana gadis. Mungkin kerana statusnya sebagai seorang
pelajar sekolah. Takkan nak cinta-cinta monyet. Bercinta hanya untuk orang
dewasa.
Berlainan
pula dengan Nur Hani yang lembut dan ayu. Sering menjadi buruan jejaka di
sekolah. Namun Nur Hani tidak pernah berminat untuk memiliki teman lelaki. Nur
Hani selesa berkawan dengan Hadi.
“Hadi
ajak Hani datang untuk tengok Hadi termenung pandang ayam tu je ke?” Nur Hani
memecah kesunyian. Hadi tersentak.
“Eh
tak lah” Hadi mula menjamah ayam di dalam pinggan di hadapannya. “Minggu depan
siapa hantar Hani?”
“Hani
pergi sorang je. Mummy daddy macam biasa lah, busy. Lagipun Hani kan dah besar. Setakat daftar masuk kolej tak
ada hal lah. Nanti kena tinggal juga kat sana.”
“Hani
pergi Kuantan macam mana?”
“Bas
kan ada.”
“Sampai
sana macam mana? Jom ikut Hadi nak?”
“Eh
takpe-takpe, Hani nak berdikari. Tak nak lah susahkan ibu dengan ayah. Lagipun adik Hadi mesti ada sekali kan?
Barang lagi. Nanti semua tak selesa.”
Hadi
diam lagi. Jiwa lelaki nya terasa tercabar. Nur Hani selalu bersikap lebih
matang darinya. Walaupun Nur Hani anak tunggal, tetapi Hadi sedar Nur Hani
tidak banyak bergantung harap kepada mummy dan daddynya. Lain sungguh dengan
Hadi yang manja dan sering diejek sebagai anak mak oleh Nur Hani.
“Kalau
macam tu Hadi cakap dengan ibu ayah tak payah hantar lah. Hani dah beli tiket?
Jom naik bas sama-sama” kata Hadi tiba-tiba.
“Apa
lah Hadi ni. Kesian Ibu dengan ayah tau. Biar lah diorang hantar Hadi. Diaorang
kan tak pernah berjauhan dengan Hadi macam ni.”
“Kalau
ikutkan ibu ayah memang taknak hantar, tapi Hadi yang paksa. Tapi kalau Hani
boleh naik bas kenapa Hadi tak boleh kan? Hadi kan lelaki.”
Tersenyum
Nur Hani mendengar kata-kata Hadi. Sudah dijangkakan lebih awal, Hadi rasa
tercabar dengannya. Begitulah Hadi sejak sekian lama.
“Tak
kisah lah Hadi, kalau nak pergi sekali Hani ok je. Esok kita beli tiket bas.”
“Kanapa
esok? Lepas makan ni jom lah.”
“Alaa
Hani nak hantar Opie pergi KLIA. Dia kan
nak fly to Kuching malam ni.”
“Hani
ni tak habis-habis dengan Opie tau.”
“Eh
eh eh.. Opie tu kawan Hani tau.”
“Kawan
ke girlfriend?” Hadi mencebik.
“Dah
tau buat apa nak Tanya lagi?” jerkah Nur Hani.
Perwatakan
Opie sebagai seorang pengkid membuat Hadi tidak senang apabila Nur Hani terlalu
rapat dengannya. Hadi selalu mengesyaki bahawa Nur Hani dan Opie mempunyai
hubungan istimewa. Hanya Nur Hani kawan rapat perempuan yang Opie ada.
Selebihnya, Opie lebih senang berkawan rapat dengan beberapa orang lelaki di
sekolah. Disebabkan itu Hadi tidak selesa dengan hubungan yang terjalin di
antara Nur Hani dan Opie.
Bagi
Nur Hani pula, Opie hanya seperti gadis biasa. Cuma perangai nya sahaja yang
menyerupai lelaki. Fikiran, hati dan perasaan nya seperti gadis yang normal.
Lagipun bukan nya Opie tidak pernah berbicara soal lelaki bersama Nur Hani.
“Hadi nak ikut
boleh?”
“Buat
apa? Sibuk je. Kan girlfriend Hani
tu. Orang nak dating sibuk nak ikut
tau.”
Panas
hati Hadi mendengarnya.
“Hadi
tak kira! Hadi nak ikut!”
Nur
Hani ketawa kecil dengan sikap kebudak-budakkan Hadi. Di dalam hatinya berasa
senang jika Hadi ingin menemaninya. Nur Hani terus menghabiskan makanan di
dalam pinggannya tanpa menghiraukan kata-kata Hadi. Hatinya saja sudah bahagia
setiap kali bersama Hadi.
No comments:
Post a Comment