Friday 28 April 2017

NOVEL HONEY: BAB 3

BAB 3


                Suasana di dalam perpustakaan sunyi sepi. Rata-rata pelajar hanya menumpukan perhatian terhadap bahan bacaan mereka. Ada yang sedang menyiapkan assignment, ada yang sibuk dengan laptop tak kurang juga yang asyik melayani telefon bimbit. Di suatu sudut Nur Hani duduk sendirian bersila di atas lantai sambil membelek-belek sebuah buku tebal. Sesekali dibetulkan kaca mata nya dan menyelak rambut depan yang jatuh menutupi mata.
                “Boleh join?” Nur Hani disapa. Perlahan Nur Hani mengangkat muka melihat pemilik suara itu.
                “Farhan.. I tak lama pun dekat sini” Nur Hani menolak lembut.
                Farhan tidak mempedulikan tolakan Nur Hani. Farhan terus duduk bersila di hadapan Nur Hani tanpa dipelawa. Beg galas serta buku-bukunya diletakkan di tepi. Nur Hani meneruskan membaca buku di tangan. Nur Hani tidak berminat untuk berbual dengan Farhan sekarang.
                “You sorang je ke? Hadi mana?” Farhan memulakan bicara.
                Nur Hani memandang wajah Farhan. Kaca matanya dibetulkan.
                “Hadi dating.. Kalau you nak jumpa dia you boleh lah call dia” jawab Nur Hani.
                “It’s ok. I tanya je. Yelah selalu kalau I nampak you mesti ada dengan Hadi. Asyik berdua je. Pergi kelas sama-sama, balik sama-sama. Mula-mula I ingatkan you dengan Hadi couple. Kalau I tak tanya dekat kawan-kawan I yang sekelas dengan you, mesti sampai sekarang I tak tau.
                Nur Hani hanya tersenyum tanpa membalas omelan Farhan. Dia sudah biasa. Memang dari sekolah dia dikaitkan dengan Hadi. Kalau bukan kerana perangai playboy Hadi tu, mesti bulat-bulat semua orang percaya mereka berdua  ada hubungan yang istimewa.
                Suasana sepi seketika. Nur Hani leka dengan bukunya dari tadi. Hanya Farhan sahaja yang resah melihat Nur Hani tanpa respon. Farhan mati kata. Dia cuba mencari topik untuk memulakan perbualan bersama Nur Hani. Peluang untuk duduk berdua bersama Nur Hani seperti ini bukan mudah untuk diperolehi. Jadi Farhan ingin memanfaatkannya.
                Lain pula dengan Nur Hani semakin tidak selesa dengan kehadiran Farhan di situ. Farhan lebih memandangnya dari buku yang dipegang. Walaupun Nur Hani tidak memandang tepat ke arah Farhan, namun dari ekor matanya jelas Farhan memerhatikan setiap pergerakkan Nur Hani. Pantas Nur Hani mengemas buku-bukunya. Niat hatinya mahu meneruskan bacaannya di hostel sahaja.
                “Eh dah nak pergi ke?” Tanya Farhan sebaik sahaja melihat Nur Hani berdiri.
                Seperti tadi, Nur Hani tidak mempedulikan pertanyaan Farhan. Dengan pantas Farhan mula mengemas dan mengekori Nur Hani.
                “Hani jom makan nak? I  belanja. Jom lah” ajak Farhan.
                “Takpe lah Farhan. I dah janji dengan orang” balas Nur Hani.
                “Siapa? Hadi?” Farhan menduga.
                “Non of your business” balas Nur Hani ringkas.
                Tidak puas hati dengan layanan Nur Hani, Farhan terus mengekorinya. Nur Hani duduk di kerusi berhampiran pintu masuk perpustakaan. Telefon bimbit dikeluarkan dan pantas jari nya menekan-nekan. Farhan duduk bersebelahan Nur Hani yang tidak hiraukan kewujudannya.
                “Kenapa you suka mengelak dari I? Bukan senang kita nak berjumpa time Hadi tak ada dengan kita” kata Farhan tidak puas hati.
                “Kalau Hadi ada pun kenapa?”
                “Hadi tu macam tak suka I tau. Cuba tengok kalau kita terserempak, setiap kali I tegur you, Hadi mesti pandang I macam lah I ada buat salah” rungut Farhan. Nur Hani menarik nafas panjang.
                “Farhan, Hadi tu kawan I, of course dia nak protect I” jelas Nur Hani.
                Farhan tidak puas hati. Nur Hani selalu mempertahankan Hadi. Sedangkan Hadi selalu bersama dengan perempuan lain. Farhan berasa curiga, adakah benar Nur Hani hanya menganggap Hadi sebagai teman karib atau Nur Hani menyukai Hadi dalam diam. Farhan mengeluh. Belum sempat dia berkata-kata, Hadi muncul di hadapan mereka dengan wajah yang masam mencuka.
                Aduh… Potong lah Hadi ni. Baru nak ajak Nur Hani dating. Kalau mamat ni ada mesti Nur Hani tidak mahu keluar dengannya. Nur Hani begitu setia dengan Hadi. Hadi sangat beruntung.
                “Hye Hani. Kenapa korang ni? Tegang je muka masing-masing. Pasangan kekasih tengah bergaduh ke pa ni?” perli Hadi.
                “Kalau ye kenapa?” Tanya Farhan tidak puas hati dengan kata-kata Hadi.
                “Eh eh ko ni.. Besar kecik je aku tengok. Lama aku perhati kau asyik ushar Hani je” Hadi mengangkat penumbuknya.
                Pantas Nur Hani berdiri di hadapan Hadi.
                “Sudah lah korang berdua ni. Kat kolej ni. Jangan nak bergaduh lah” Nur Hani meninggikan suara.
                Walaupun Nur Hani tidak suka Farhan mengekorinya, namun Nur Hani juga tidak suka Hadi bergaduh walau dengan sesiapa sahaja. Dan kalau Hadi bergaduh, bukan senang untuk dileraikan. Jadi, sebelum pergaduhan bermula lebih baik dihentikan.
                Farhan bangun dari duduknya. Dia memandang tajam ke arah Hadi. Hatinya panas dengan sikap Hadi. Baginya seorang kawan tiada hak untuk menentukan siapa yang ingin berkawan dengan  Nur Hani. Farhan terus meninggalkan mereka berdua.
                “Dah kenapa?” soal Nur Hani kepada Hadi.
                “Kenapa apa?” Hadi pura-pura tidak faham.
                “Yang Hadi tiba-tiba nak garang kenapa?” soal Nur Hani lagi.
                “Hadi Cuma nak protect Hani” jelas Hadi. Nur Hani melepaskan nafas yang panjang. Geram dengan jawapan Hadi.
                “Nak protect apa nya? Farhan tak buat apa-apa pun dekat Hani kan.”
                “Hari ni dia tak buat apa-apa, tapi esok lusa siapa tau? Kita kasi ajar dia hari ni. So esok lusa dia beringat” Hadi menunjukkan muscle nya.
                “Pergi protect girlfriend Hadi lah si Diana tu, sibuk je” Nur Hani mencebik.
                “Diana tu Diana lah. Kenapa nak kait-kait kan dengan Diana? Hani ni my honey. So Hadi kena lah protect my honey ni” lembut suara Hadi memujuk.
                “Dah lah! Malas Hani nak layan Hadi. Lapar!” Nur Hani terus mengangkat beg dan buku-buku meninggalkan Hadi yang mengekorinya.
                Langkah Nur Hani laju. Selaju jantungnya berdetak. Hadi hanya menurut langkah Hani. Ya! Hadi memang suka menggelarkan Nur Hani sebagai ‘my honey’. Dan gelaran itu mampu membahagiakan Nur Hani tanpa disedari. Nur Hani suka.


No comments:

Post a Comment