BAB 1
Perlahan
kaki Nur Hani melangkah masuk ke dalam Ballroom yang dihias cantik. Tersergam
pelamin di atas pentas yang bertemakan warna lembut. “Kreatif betul wedding planner
ni.” Bisik hati kecik Nur Hani. Di pandang ke kiri, terdapat photo booth ringkas. Terukir senyuman di
bibir Nur Hani.
Jauh
disudut hati bergelora. Melilau matanya mencari kelibat seseorang yang dah lama
tidak ditemui. Sebuah kenangan yang telah lama ditinggalkan. Kenangan yang
membuatkan Nur Hani hampir tidak menghadiri majlis persandingan teman baiknya
ini.
“Kak
Hani!!” Nur Hani menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Senyuman terukir di
bibir gadis yang memanggilnya. Nur Hani membalas senyum itu. “Safa ingat kak
Hani tak datang, sebab kak Opie kata Kak Hani masih kat oversea.”
“Ishk
Safa ni.. Takkan lah Kak Hani tak datang. Kak Hani antara orang terawal dapat invitation tau. Lagipun Opie dengan
Rejab tu kan kawan Kak Hani.” Nur Hani cuba menyembunyikan perasaan.
“Hehehe.
Kak Hani makan lah dulu sebab Safa nak nak cari mak long.”
“Ok
Safa.”
Safa
meninggalkan Nur Hani sendirian. Nur Hani hanya menghantar Safa dengan
pandangan mata. Nur Hani menarik nafas perlahan. Terus dia mencari tempat untuk
melabuhkan punggung. Tidak sedar sudah lama dia berdiri di situ.
Tidak
lama merehatkan kaki yang lenguh, diumumkan ketibaan mempelai ke dalam ballroom
diiringi paluan kompang. Nur Hani menoleh ke arah pasangan pengantin yang
berarak masuk menuju terus ke arah pelamin. Senyuman bahagia diukir lembut.
Teringat di zaman persekolahan mereka, tidak pernah sekali pun Opie dan Rejab
tidak bergaduh jika bersua muka. Akhirnya mereka berjodoh. Betul lah kata
orang-orang tua, jangan asyik nak bergaduh je. Nanti kelak takut berjodoh. Opie
dan Rejab adalah buktinya.
Nur
Hani hanya melihat bahagia Opie dan Rejab. Kedua pengantin asyik dihimpuni para
hadirin untuk bergambar. Di meja makan beradab juga begitu. “Kalau aku kahwin
nanti macam ni juga lah kot” bisik hati Nur Hani.
Setelah
Opie dan Rejab kembali ke pelamin, Nur Hani mengambil kesempatan untuk berjumpa
dengan Opie dan Rejab. Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi diri. Sebagai kawan
baik dari sekolah, dan tidak pernah putus hubungan hingga kini walaupun jarak
memisahkan mereka, Nur Hani sedar dia harus berada di sisi Opie di sepanjang proses
menuju hari bahagia rakannya ini.
“HANI!!”
jerit Opie sebaik sahaja melihat Nur Hani menaiki anak tangga menuju kepadanya.
Opie tidak mempedulikan title pengantin
yang menuntutnya untuk bersopan dan tidak banyak bercakap.
Nur Hani terus mendakap Opie. Nur Hani dan
Opie menitiskan air mata sambil diperhatikan oleh Rejab. Ada mata-mata lain
yang memerhatikan mereka tidak langsung dipedulikan.
“Sorry Opie. Sepatutnya aku ada dengan
kau buat persiapan majlis kau” kata Nur Hani sebaik sahaja meleraikan dakapan.
“Takpe lah
Hani. Aku faham. Kau kan orang jauh. Lagipun kau baru sampai pagi tadi kan. Kau
dah datang ni pun aku happy sangat-sangat
tau” balas Opie riang.
“By the way, congratulations to both of you. Cantik
sangat kau Opie. And you Rejab, aku
tak sangka langsung kau berjaya tawan hati keras Opie ni.”
“Ini Rejab
lah! Lautan api akan ku renangi untuk tawan hati Opie ni” ketiga-tiga sahabat
itu ketawa serentak.
“Please make suke kau jaga Opie ni
baik-baik. Opie ni nampaknya brutal, tapi sebenarnya cengeng!” gurau Nur Hani.
Opie mencebik.
“Baik mem
besar” Rejab membuat isyarat tabik hormat seperti seorang askar. Opie tersenyum
bahagia. Nur Hani turut bahagia dengan senyuman itu.
”Eh Opie, Jab,
aku nak amik gambar dengan korang ni.”
”Eh
boleh-boleh jom!. Abang Fuad tolong amik gambar kami” Nur Hani menyerahkan
telefon pintarnya kepada jurufoto setelah diminta oleh Opie.
Nur Hani
berdiri di sebelah Opie. Mereka mengambil gambar tanpa mempedulikan orang lain
yang menunggu giliran. Bermacam-macam posing
nakal yang mereka persembahkan.
“Orang tua-tua
kata tak elok bergambar bertiga. Berempatkan lebih baik.”
Serentak Nur
Hani dan Opie menoleh ke arah seorang lelaki yang sudah berdiri sedia di
sebelah Rejab. Mereka tidak perasan langsung lelaki itu menaiki pelamin. Nur
Hani sangat mengenali lelaki itu. Tanpa wajahnya sekalipun, Nur Hani tahu itu
adalah ‘dia’ dengan hanya mendengar suaranya sahaja.
“Hadi!!” tutur
Nur Hani terkejut. Ya memang Hadi! Hadi Asyraf yang membuat hatinya resah untuk
menghadiri majlis perkahwinan rakan baik sendiri.
Hadi
Asyraf tidak langsung memandang Nur Hani. Matanya hanya memandang ke arah
kamera telefon pintar milik Nur Hani. Nur Hani buntu. Namun dipaksa bibirnya
untuk senyum dihadapan kamera.
No comments:
Post a Comment